Kelas Microsoft Office Word (Kemahiran Menaip)

17 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Ahad, 16 Disember 2018, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Microsoft Office Word iaitu ‘Kemahiran Menaip’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai kemahiran menaip menggunakan program Microsoft Office Word.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada mulanya diberi penerangan mengenai cara asas menaip menggunakan program Microsoft Office Word. Kemudian, peserta diberikan tugasan untuk menaip semula sebuah karangan yang disediakan dan dikehendaki mengikut keseluruhan petikan tersebut seperti format, perengan, jenis font, bold and banyak lagi.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali